Seludup petrol ke Filipina, dua lelaki ditahan - Utusan Malaysia

Seludup petrol ke Filipina, dua lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA 11 April – Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan dua lelaki menyeludup keluar 88 tong berisi petrol disyaki ke Filipina, selepas menahan sebuah bot di perairan Pulau Kulapuan, dekat sini semalam.


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata, semasa menjalankan tugas rondaan di kawasan laut berkenaan, bot tempur PPM dan VAT 69 terserempak sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan pada pukul 12.06 tengah malam.

Katanya, bot itu dikendalikan seorang lelaki berusia 45 tahun bersama seorang awak-awak berusia 26 tahun yang kedua-dua dipercayai dari Kampung Labuan Haji, Pulau Bum Bum di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut menemukan 88 tong minyak petrol dan juragan turut gagal mengemukakan surat atau sebarang dokumen pengesahan membawa petrol daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Minyak petrol ini disyaki untuk pasaran di Filipina dan kesemua tangkapan serta rampasan bernilai RM45,640 dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Mohamad Pajeri berkata, pihaknya percaya suspek bergerak pada waktu malam bagi mengelak daripada dikesan pihak pasukan keselamatan, namun kelicikan suspek berjaya dipatahkan oleh Pasukan VAT 69 dan PPM.


Tambahnya, katanya orang awam boleh menyalurkan sebarang maklumat jenayah kepada pasukan keselamatan sebagai tanda bersama menjaga keamanan negara. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini