KUALA TERENGGANU 11 April – Selepas penahanan seorang penolong pengurus dan direman semalam bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu bernilai RM261,000, hari ini seorang sub kontraktor turut ditahan reman. Suspek yang berusia 44 tahun itu dikenakan tahanan reman selama lima hari bermula hari ini. Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Rosila Nik dan suspek kemudian dibawa ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu untuk tindakan lanjut. Sub kontraktor terbabit…










