SHAH ALAM 9 April – Pasukan Sekolah Sukan Malaysia Pahang menjuarai Kejohanan Memanah Terbuka BJ Wolfpack Cup 2019 Siri Dua Peringkat Kebangsaan di SMK Shah Alam yang berakhir semalam. Juara keseluruhan kejohanan itu yang mengumpul 103 mata membawa pulang wang tunai RM1,000 tajaan Elda Archery serta piala pusingan. Menurut kenyataan BJ Wolfpack Cup 2019 kepada Utusan Malaysia hari ini, kejohanan kategori sekolah menengah dan terbuka melibatkan seramai 220 orang peserta…










