Sebuan ketum, 5 lelaki ditahan - Utusan Malaysia

Sebuan ketum, 5 lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 April – Polis menahan lima suspek lelaki atas kesalahan memiliki 26 kilogram daun ketum dan 150 liter air ketum dalam satu serbuan yang dijalankan di Jalan Serampang, Taman Pelangi di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, serbuan itu dijalankan pada pukul 4.30 petang.

KETUM
 

“Ketika serbuan dibuat, polis mendapati terdapat lima lelaki berusia antara 26 hingga 52 tahun dalam kediaman itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang suspek yang ditahan mengaku terlibat dalam penjualan air ketum selain mengaku air ketum dan daun ketum dirampas adalah miliknya,” katanya.

SEBAHAGIAN daripada 150 bungkus air ketum yang dirampas polis dalam serbuan dibuat di sebuah rumah b
SEBAHAGIAN daripada 150 bungkus air ketum yang dirampas polis dalam serbuan dibuat di sebuah rumah beralamat di Jalan Serampang, Taman Pelangi di sini petang semalam. – UTUSAN ONLINE

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini