'Saya serahkan kepada pengamal undang-undang' - Mohamad Sabu - Utusan Malaysia

‘Saya serahkan kepada pengamal undang-undang’ – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 April – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyerahkan kepada perundangan negara untuk mengadili pendakwaan terhadap anaknya.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, pengamal undang-undang yang akan bertanggungjawab dalam pendakwaan anaknya yang ditahan baru-baru ini kerana didapati positif dadah.

“Saya serahkan kepada pengamal undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada komen. Tidak komen apa-apa,” katanya yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis pada 4 April lalu memaklumkan kes anak menteri yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Kata kenyataan itu, laporan patologi telah diterima oleh pihak polis dan kertas siasatan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Soalan nombor 24 itu sepatutnya ditanya oleh Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mempersoalkan kenapa ujian air kencing anak menteri Pakatan Harapan (PH) mengambil masa yang lama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini