KUANTAN 8 April – Kegagalan skuad Tok Gajah meraih tiga mata penuh menentang Petaling Jaya (PJ) City di laman sendiri semalam ternyata mengecewakan Dollah Salleh selaku pengendali skuad itu yang mengharapkan kemenangan untuk kembali mengungguli takhta Liga Super. Dollah berkata, dia berasa hampa kerana Pahang perlu menang perlawanan itu tetapi pemain gagal mencapai misi tersebut. “Sebenarnya, kita banyak peluang menjaringkan gol tetapi faktor ketumpulan di bahagian serangan menyebabkan tiga mata…










