SHAH ALAM – Semua rangkaian intitusi bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan disatukan bagi memastikan graduan dilahirkan menepati keperluan industri. Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, ini termasuk kolej vokasional, politeknik, kolej komuniti dan rangkaian universiti teknikal boleh berkongsi bahan, kepakaran, alat dan hubungan dengan industri. Katanya, kolej vokasional sebelum ini menjadi kontroversi disebabkan sijilnya tidak diiktiraf dan diterima pihak industri. “Justeru itu, kita akan memastikan (pembelajaran atau sijil)…










