KUALA LUMPUR 11 April – Tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak membolehkan Datuk Salahuddin Ayub mengambil tahu khabar angin yang kononnya beliau antara calon Menteri Besar Johor. Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, kesibukkannya menguruskan kementerian tersebut menyebabkan beliau hanya mengetahui Datuk Osman Sapian telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor. “Saya terlalu sibuk di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, terlalu banyak…









