Sahruddin ganti MB di Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura - Utusan Malaysia

Sahruddin ganti MB di Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 April – Kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal ke Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang berlangsung di Putrajaya hari ini adalah selaku wakil rasmi Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar beliau, Abdul Hakim Ab. Rahman ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, Osman meminta Dr. Sahruddin untuk menggantikan beliau dalam menghadapi pertemuan dua hala tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ditanya mengapa Osman bertindak sedemikian, Abdul Hakim enggan mengulas lanjut.

Akhbar hari ini melaporkan Osman tidak menghadiri pemukiman antara Malaysia dan Singapura yang diadakan di Putrajaya hari ini dan tempatnya digantikan dengan Dr. Sahruddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini