KUALA LUMPUR 1 April – Saham GETS Global Bhd. terus meningkat pagi ini ke paras empat tahun tertinggi dengan mencecah 41.5 sen sesaham berikutan pelantikan Mirzan Mahathir dalam lembaga pengarah firma penyelesaian pengangkutan teknologi hijau itu. GETS Global, pada Khamis lalu mengumumkan pelantikan Mirzan sebagai pengarah bukan eksekutif dan bebas yang menyaksikan harga sahamnya meningkat hampir tiga kali ganda daripada 13 sen sesaham sebelum ini. Setakat 2.51 petang ini, sahamnya melonjak 2.5 sen kepada 36 sen sesaham melibatkan 56,001,000 saham bertukar tangan. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya