SACC Walk Fiesta bermula hari ini - Utusan Malaysia

SACC Walk Fiesta bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Orang ramai dijemput memeriahkan SACC Walk Fiesta anjuran PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) di Dataran Barat pasar raya SACC yang diadakan selama tiga hari bermula pada hari ini.

Pengurus Pusat SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam, Syahril Mohd. Rashid berkata, fiesta itu menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti persembahan daripada artis terkenal serta pertandingan makan paling pantas.

“Para pengunjung yang datang ke fiesta itu juga dapat mengisi masa lapang bersama keluarga dengan menyertai aktiviti yang disediakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, diharapkan inisiatif ini dapat membantu golongan usahawan dalam usaha memeprkenalkan produk mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini