RUU Food Bank Malaysia mampu tingkat jumlah penyumbang - Utusan Malaysia

RUU Food Bank Malaysia mampu tingkat jumlah penyumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan program Food Bank Malaysia yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat hujung tahun ini bukan sahaja akan mengawal selia program tersebut sebaliknya mampu meningkatkan jumlah penyumbang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, RUU itu juga bertujuan melindungi penyumbang dan memberikan beberapa insentif kepada mereka.

“Buat masa ini mereka memberikan sumbangan secara ikhlas namun dalam usaha menarik lebih ramai penyumbang mungkin kita boleh fikirkan insentif untuk mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Contohnya insentif berkaitan cukai namun perlu diadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan,” katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas merasmikan program Food Bank Siswa di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Katanya lagi, program Food Bank Malaysia diperluaskan di peringkat universiti kerana pihaknya tidak mahu mahasiswa mengikat perut akibat masalah kewangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini