SEBELUM membaca kolum ini, biarlah kita mengetahui sedikit sebanyak latar belakang ahli sufi abad ke-13, Jalaluddin Rumi. Beliau yang berketurunan Parsi dilahirkan di Wilayah Balkh, Afghanistan dan kemudiannya menetap dan meninggal dunia di Konya, Turki. Puisi-puisi Rumi yang dikumpulkan dalam enam jilid Masnawi adalah paling banyak dipetik di AS termasuk oleh saluran berita CNN. Penyanyi utama kumpulan rock, Coldplay, Chris Martin pernah menceritakan pengalaman semasa berada dalam situasi kemurungan ketika…










