KAJANG – Beberapa buah rumah dan kenderaan rosak akibat dihempap pokok yang tumbang akibat hujan lebat serta ribut petir di beberapa kawasan di daerah ini, petang tadi. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Hulu Langat, Kapten Maharris Manan berkata, pihaknya menerima sebanyak 71 panggilan kecemasan tentang kejadian berkenaan sejak pukul enam petang. “Panggilan kecemasan tersebut melibatkan pokok tumbang di sekitar Hulu Langat, Kajang, Bangi dan sehingga masa kini(semalam), kami masih menerima panggilan tentang kejadian berkenaan. “Satu pasukan APM telah dikerahkan ke kawasan yang terjejas terutamanya di Seksyen 3, Bangi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya