RAMBUT panjang memang sinonim dengan penyanyi rock pada 1980-an hingga 1990-an. Itulah penampilan awal kugiran tempatan seperti Search, Wings, Lefthanded dan Bumiputra Rockers. Bagi rockers-rockers ini, imej rock mereka tidak sempurna tanpa rambut panjang. Ia adalah identiti maka memotong rambut pendek bermakna mengorbankan identiti mereka. Isu rambut panjang sangat hangat diperkatakan ketika muzik rock berada di kemuncaknya. Search dengan lagu ‘berhantunya’, Isabella mencatat kejayaan besar setelah meraih Anugerah Juara Lagu…










