RM8.5 bilion nilai pelaburan baharu ke Melaka - Utusan Malaysia

RM8.5 bilion nilai pelaburan baharu ke Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 5 April – Kerajaan negeri menjangkakan keseluruhan sebanyak RM8.5 bilion nilai pelaburan baharu ke Melaka bakal dimuktamadkan tahun ini termasuk hasil lawatan kerja ke Jepun dan Taiwan, baru-baru ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, jumlah itu termasuk perbincangan bersama dua syarikat Jepun masing-masing membabitkan jumlah pelaburan sebanyak RM441 juta dan RM50 juta selain RM900 juta nilai pelaburan daripada sebuah syarikat Taiwan.

Menurutnya, sebahagian daripada perbincangan itu telah dimuktamadkan dan sebahagian lagi sedang diusahakan di mana sekiranya berjaya, ia dijangka menawarkan 3,925 peluang pekerjaan baharu di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lawatan kerja saya bersama ahli Exco kerajaan negeri ke dua negara berkenaan secara asasnya memfokuskan kepada tiga aspek penting iaitu pelaburan, pelancongan dan bidang kesukarelawan.

“Secara keseluruhannya jika dicampurkan dengan pelaburan yang dibincangkan dengan syarikat Korea Selatan sebelum ini, kita telah telah membincangkan sebanyak RM8.5 bilion dan yakin ia mampu memberikan impak besar kepada Melaka jika dapat dimuktamadkan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan kerajaan negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini