MELAKA 5 April – Kerajaan negeri menjangkakan keseluruhan sebanyak RM8.5 bilion nilai pelaburan baharu ke Melaka bakal dimuktamadkan tahun ini termasuk hasil lawatan kerja ke Jepun dan Taiwan, baru-baru ini. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, jumlah itu termasuk perbincangan bersama dua syarikat Jepun masing-masing membabitkan jumlah pelaburan sebanyak RM441 juta dan RM50 juta selain RM900 juta nilai pelaburan daripada sebuah syarikat Taiwan. Menurutnya, sebahagian daripada perbincangan itu telah dimuktamadkan dan sebahagian lagi sedang diusahakan di mana sekiranya berjaya, ia dijangka menawarkan 3,925 peluang pekerjaan baharu di negeri ini. “Lawatan kerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya