KEMAMAN 7 April – Sebanyak RM287,970 bayaran saman berjaya dikutip pada Hari Bertemu Pelanggan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman yang diadakan di Dataran Astaka Kemaman selama dua hari sejak kelmarin. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, dalam tempoh sama juga sejumlah 2,351 saman dibayar pesalah trafik susulan tawaran diskaun sehingga 50 peratus itu. Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,329 saman membabitkan kesalahan lalu lintas (POL. 170A) manakala…










