JOHOR BAHRU 17 April – Jabatan siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 159.07 kilogram(kg) dengan nilai keseluruhan RM20.61 juta bagi tempoh 2006 hingga kini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, bahan terlarang berkenaan melibatkan 3,800 kes itu dihapuskan selepas selesai proses analisis kimia dan perundangan mahkamah. “Dadah yang paling banyak dilupuskan adalah ketamin seberat 116.71kg, kanabis (30.95kg), mitragynine (34.76 liter)…










