KUALA LUMPUR 9 April – Pembuat boneka tangan kreatif atau hand puppet berpeluang merebut hadiah wang tunai RM1,000 dalam pertandingan itu sempena Hari Kemahiran dan Keusahawanan KEMAS Peringkat Wilayah Persekutuan 2019, 20 April ini.
Pertandingan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu turut dimeriahkan dengan pertandingan Menulis Skrip Boneka Tangan di Dewan Gemilang, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Melati, Wangsa Maju di sini dari pukul 8.30 pagi hingga 2 petang.
DBP dalam satu kenyataan memaklumkan, pertandingan itu terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas dan orang ramai dipelawa menyertainya untuk menang wang tunai dan sijik penyertaan.
“Individu yang berminat masih boleh menghantar penyertaan sebelum 16 April ini kepada Urusetia KEMAS, Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, DBP, Aras 22, Menara DBP,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Nor Hidayah di talian 03-2147 9703 atau Muhammad Rafiq di 012-675 6055. – UTUSAN ONLINE











