KUALA LUMPUR 1 April – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini didorong kemunculan semula minat belian, prestasi positif harga minyak mentah serta keputusan Rizab Persekutuan AS berkaitan kadar faedah, kata peniaga. Pada pukul 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.0790/0820 berbanding dolar AS daripada 4.0800/0850 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas. Peniaga berkata, ringgit turut meningkat semula daripada prestasi rendah minggu lepas ekoran kelemahan dolar AS…










