KUALA LUMPUR 5 April – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan berita mengenai lebihan dagangan bagi Februari 2019 yang lebih tinggi daripada jangkaan. Pada pukul 9.06 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0800/0850 berbanding dolar US daripada 4.0810/0840 semasa ditutup semalam. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri semalam mengumumkan Malaysia mencatat lebihan dagangan sebanyak RM11.06 bilion pada Februari 2019 naik 22.7 peratus tahun ke tahun berbanding Februari 2018. Peniaga berkata, walaupun eksport pada bulan tersebut merosot 5.3 peratus tahun ke tahun disebabkan aktiviti perindustrian yang lemah semasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya