KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di awal dagangan pada Isnin ketika sentimen pasaran dipacu oleh perkembangan positif membabitkan rundingan dagangan AS-China serta pendirian Rizab Persekutuan yang lebih berpihak kepada kadar faedah lebih rendah. Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.0750/0800 berbanding dolar AS daripada 4.0800/0850 pada Jumaat lepas. Seorang peniaga berkata, Rizab Persekutuan AS telah menyatakan bahawa ia tidak akan menaikkan kadar faedah tahun…