BINTULU 5 April – Seorang remaja berusia 18 tahun antara tiga lelaki yang ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes curi motosikal pukul 9.30 malam semalam. Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, berdasarkan risikan, polis menahan tiga suspek tersebut beberapa lokasi di kawasan Sungai Plan, Tanjung Kidurong dalam serbuan Op Lejang. “Kesemua suspek ditahan berusia 18 hingga 34 tahun dan hasil semakan rekod jenayah mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah rompak serta curi kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, polis berjaya menemukan sebuah enjin motosikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya