Reds jumpa Barcelona - Utusan Malaysia

Reds jumpa Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO 18 April – Liverpool mulakan permainan dengan aksi lesu, namun menamatkan saingan dengan penuh meyakinkan apabila membenam Porto 4-1 dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara di tempat lawan hari ini.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp menempah pertemuan separuh akhir dengan gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona menerusi agregat selesa 6-1.

Walaupun mendahului 1-0 menerusi Sadio Mane pada minit ke-26, namun prestasi Liverpool dalam babak pertama jauh daripada meyakinkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih baik buat pendahulu Liga Perdana Inggeris itu sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung selepas Jurgen Klopp kembali membawa masuk Roberto Firmino dan kapten, Jordan Henderson.

Mohamed Salah meletakkan sebelah kaki Liverpool ke separuh akhir apabila meledak gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-65.

Biarpun Gabriel Eder Militap berjaya merapatkan jurang buat Porto pada minit ke-68, namun Reds langsung tidak terancam menuju ke penghujung permainan.

Liverpool sebaliknya semakin ghairah mencari gol dan berjaya menjarakkan kedudukan menerusi tandukan cantik Firmino pada minit ke-77, sebelum Virgil van Dijk melengkapkan menenangan besar pasukannya, enam minit sebelum tamat permainan.

Kemenangan ini bermakna, Liverpool akan bertemu semula bekas bintang tengahnya, Philippe Coutinho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini