PUTRAJAYA 16 April – Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis akan diadakan pada 17, 18 dan 22 April. Sesi pendengaran awam itu akan diadakan di Dewan Gemilang, Aras G, Blok D1, Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, demikian menurut kenyataan KDN hari ini. Masa adalah dari 9.30 pagi hingga 5 petang. Bekas Ketua Hakim Negara Tun…










