JAKARTA 8 April – Mahkamah Tinggi Indonesia hari ini menolak rayuan seorang wanita yang dipenjarakan selama 18 bulan gara-gara mengadu mengenai bunyi seruan azan. Tertuduh, Meiliana, 44, yang merupakan penganut agama Buddha dan berbangsa Cina, didapati bersalah kerana menghina agama Islam selepas meminta masjid di kawasan perumahannya di Medan, kepulauan Sumatra untuk memperlahankan bunyi sistem suara kerana terlalu ‘bising’ dan ‘mencederakan’ telinganya. Tindakan Meiliana pada dua tahun lalu itu mencetuskan…










