PUTRAJAYA – Prosiding pendengaran tiga perkara di Mahkamah Rayuan berkaitan permohonan Jawatankuasa Bertindak bagi Menyelamatkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menjadi pemerhati dalam inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim dijadualkan semula kepada 15 April. Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid menetapkan tarikh pendengaran baharu selepas membenarkan permohonan peguam M. Visvanathan, yang mewakili jawatankuasa bertindak kuil itu, bagi penangguhan pendengaran. Visvanathan memberitahu mahkamah beliau…









