PULAU PINANG 9 April – Terpanggil untuk mengatasi masalah kesukaran umat Islam menunaikan solat terutama ketika penganjuran karnival, Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang (PSB) kini dalam usaha menyediakan ruang solat bergerak atau mobil. Dinamakan sebagai ‘Mobile Solat Sahabat’, ruang solat yang boleh dipindahkan menggunakan lori itu boleh dimanfaatkan jemaah lelaki dan wanita pada satu-satu masa selain turut dilengkapi kemudahan mengambil wuduk. TARMIZI OSMAN Menurut Pengasas PSB, Tarmizi Osman, idea menyediakan ruang solat bergerak itu tercetus selepas pihaknya mendapat rungutan daripada orang ramai yang berdepan kesukaran menunaikan solat ketika menyertai satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya