SHAH ALAM 11 April – Bekas pembantu penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan rasuah berhubung lesen rumah urut, tiga tahun lalu. Tertuduh, Shah Rizal Ismail Basha, 40, didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM10,000 daripada seorang individu sebagai dorongan bagi membantu mendapatkan lesen rumah urut kepada syarikat JJ Harmony Spa. Bagaimanapun Shah Rizal yang kini menganggur mengaku tidak bersalah atas…










