Rasuah penguat kuasa JPJ perlu bukti kukuh - Anthony - Utusan Malaysia

Rasuah penguat kuasa JPJ perlu bukti kukuh – Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 April – Kementerian Pengangkutan maklum akan gejala rasuah yang berlaku dalam kalangan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) namun apabila melibatkan bahagian penguatkuasaan memerlukan siasatan dan bukti kukuh.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya maklum akan gejala rasuah yang berlaku itu dan akan memberi kerjasama penuh dengan siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung jabatan berkenaan.

“Kita tahu amalan melindungi pengusaha lori dalam kalangan penguat kuasa JPJ berlaku, cerita ini sudah lama kita dengar, tapi untuk penguatkuasaan perlukan siasatan rapi dan bukti daripada pihak SPRM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan tegas dalam usaha untuk membersihkan pentadbiran kerajaan di semua peringkat, sama ada di peringkat menteri Kabinet sehingga ke peringkat penguat kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Stesen FedEx Johor, di Senai, di sini sebentar tadi.

Semalam, 31 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan 24 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang kerana dipercayai terlibat dengan gejala rasuah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini