Rakyat mahu saksikan sendiri perbicaraan Najib - Perkasa - Utusan Malaysia

Rakyat mahu saksikan sendiri perbicaraan Najib – Perkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Perbicaraan kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar disiarkan secara langsung bagi memberi peluang kepada rakyat untuk melihat prosiding terhadap skandal yang pernah menjadi modal politik oleh pihak tertentu.

LOGO PERKASA
 

Ini kerana, skandal berkenaan disifatkan sebagai berprofil tinggi dan penuh dengan kontroversi memberi impak sehingga kerajaan Barisan Nasional berjaya ditumbangkan selepas 61 tahun memerintah.

Selain itu, harapan rakyat pastinya mahukan kes berkenaan diadili mengikut lunas undang-undang seperti yang pernah dilaungkan oleh kerajaan Pakatan Harapan, ‘kedaulatan undang-undang (rule of law) supaya tiada unsur-unsur politik yang boleh mencalar integriti institusi kehakiman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Timbalan Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Mohd. Shahriman Syed Badrishah, pihaknya bersetuju dan menyokong agar perbicaraan itu disiar secara langsung ke seluruh negara.

“Bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah.

“Seluruh rakyat negara ini berhak mengikuti perbicaraan secara terbuka kerana kes ini membawa kepentingan rakyat dalam membuktikan skandal rasuah dan penggubahan wang rakyat yang telah sekian lama digempar gemburkan di negara ini,” katanya dalam kentayaan hari ini.

Tambahnya, beliau yakin bahawa inisiatif siaran langsung itu tidak akan menggangu prosiding mahkamah dan menimbulkan masalah sepanjang perbicaraan kes tersebut berjalan.

“Apa yang lebih penting, proses perbicaraan dijalankan secara telus dan rakyat dapat menilai sendiri proses kehakiman yang berlangsung.

“Perkasa berpendapat bahawa rakyat negara ini berhak mengetahui apa yang berlaku di dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung kerana kes ni boleh diklasifikasikan berprofil tinggi dan penuh kontroversi,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini