REMBAU 13 April – Pasangan pengantin yang lengkap dengan busana raja sehari mencuri tumpuan ramai di pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau di sini. Norliyana Mohamad Yazid, 30, dari Bandar Ekar dekat sini hadir di pusat mengundi tersebut pada pukul 11.20 pagi ditemani pasangannya, Mohamad Adham Adnan, 36. Menurut Norliyana, dia ternyata gembira apabila hari pengundian berjalan…










