Putrajaya lakukan dua perkara tidak ikut perlembagaan - TMJ - Utusan Malaysia

Putrajaya lakukan dua perkara tidak ikut perlembagaan – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 2 April – Adakah Putrajaya cuba mengambil alih kuasa kerajaan negeri?

Itu persoalan ditimbulkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan pengumuman pembinaan hab pemindahan kapal ke kapal (STS) terbesar di dunia yang akan dibina di Pelabuhan Johor di Putrajaya hari ini.

Menurut Tunku Ismail, beliau dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak dimaklumkan mengenai projek berkenaan, malah Menteri Besar, Datuk Osman Sapian juga tidak mengetahui mengenainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan negeri termasuk Pejabat Tanah dan Galian juga tidak maklum berkenaan projek itu. Jadi, sesiapa yang mengatakan Johor maklum mengenai projek berkenaan adalah satu pembohongan.

“Apa sahaja yang berada di dalam jarak 3 batu nautika di perairan Johor terutama sekali perkara berkaitan tanah dan air adalah hak mutlak negeri. Adakah Putrajaya cuba untuk mengambil alih kuasa negeri?,” katanya yang dimuat naik di Facebook HRH Crown Prince of Johor hari ini.

Tunku Ismail berkata, projek STS merupakan satu daripada dua perkara dilakukan Putrajaya tidak mengikut Perlembagaan.

Tambahnya, perkara kedua kerajaan Pusat telah melakukan perkara yang tidak berpelembagaan adalah mengenai isu ratifikasi Statut Rom, di mana kerajaan menandatangani instrumen itu tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini