LONDON 10 April- Putera Harry buat pertama kali bekerjasama dengan pengacara terkenal, Oprah Winfrey menghasilkan sebuah siri dokumentari yang mengupas tentang kesihatan mental. Kedua-dua figura terkenal itu dilaporkan telah memulakan projek tersebut sejak beberapa bulan yang lalu. Dokumentari tersebut bakal dilancarkan dalam Apple sekitar tahun depan.-AGENSI










