MELAKA 11 April – Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) bukanlah sebuah entiti perniagaan monopoli kerana ia ditubuhkan oleh kerajaan untuk memeriksa keselamatan terutamanya kenderaan komersial. Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, sehubungan itu pihaknya giat mengadakan perbincangan dengan kerajaan bagi menjelaskan peranan yang dimainkan oleh syarikat itu. Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju bahawa ia sebuah syarikat yang terhasil kerana kerajaan mahukan satu badan yang memeriksa dan mengeluarkan sijil…









