BANDAR RAYA GAZA – Berpuluh-puluh rakyat Palestin cedera di sepanjang pagar sempadan Gaza-Israel ketika menyertai tunjuk perasaan mingguan kelmarin, kata Kementerian Kesihatan di kawasan tersebut. Sekurang-kurangnya 83 orang dimasukkan ke hospital di Gaza, kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan akhbar ketika beribu-ribu yang lain berdemonstrasi di sepanjang sempadan yang dikawal ketat itu. Kenyataan itu tidak menyatakan berapa ramai penunjuk perasaan mengalami kecederaan akibat ditembak namun tiga daripadanya dilaporkan berada dalam…










