SOHAG, Mesir – Berpuluh-puluh mumia tikus adalah antara bangkai haiwan ditemui dalam sebuah makam purba yang didedahkan kelmarin oleh Kementerian Antikuiti Mesir dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke wilayah tengah Sohaq. Makam berusia lebih 2,000 tahun itu ditemui di bandar Akhmim dan dipercayai milik seorang pembesar kerajaan pada masa itu. “Ini adalah salah satu penemuan yang paling menarik di kawasan tersebut,” kata Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti di bawah…










