Prosiding kes Najib tidak boleh siar secara langsung - Utusan Malaysia

Prosiding kes Najib tidak boleh siar secara langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi  Kuala Lumpur, bermula Rabu ini tidak boleh disiar secara langsung.

Ini berikutan kenyataan Ketua Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang menyatakan kes perbicaraan di mahkamah tidak boleh disiarkan secara langsung atau dirakamkan oleh mana-mana media.

“Tiada perbicaraan di mana-mana mahkamah dibenarkan disiarkan secara langsung melalui mana-mana media atau dibenarkan untuk dirakamkan,”demikian menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dilaporkan satu petisyen dalam talian oleh rakyat Malaysia dilancarkan bagi meminta kes perbicaraan Najib berkaitan SRC International disiarkan secara langsung di televisyen.

Semalam, Najib menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, berkata beliau menyokong perbicaraan bermula Rabu ini disiarkan secara langsung kerana rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran kesnya itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini