KUALA LUMPUR 11 April – Jabatan Perikanan akan mengadakan program Hari Bumi yang bertemakan Lindungi Spesies Kita sempena Sambutan Hari Bumi 2019. Jabatan Perikanan dalam satu kenyataan berkata, program itu akan diadakan di Laman Perikanan, Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), dekat sini dari pukul 8 pagi hingga 1 petang pada 27 April ini. “Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program berlangsung antaranya pameran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, pertandingan…








