Produk IKS usahawan MADA bakal memasuki Pasar Raya Mydin - Utusan Malaysia

Produk IKS usahawan MADA bakal memasuki Pasar Raya Mydin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 1 April – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sedang berusaha untuk memasarkan pelbagai produk makanan yang dikeluarkan oleh peserta Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di bawah agensi itu ke Pasar Raya Mydin di seluruh negara.

Pengurus Besar MADA, Datuk Fouzi Ali berkata, setakat ini, lebih 200 produk makanan dikeluarkan oleh usahawan yang tinggal di kawasan MADA dengan nilai jualan kira-kira RM150 juta setahun di seluruh negara,

Kata beliau, kejayaan itu adalah hasil bimbingan dan tunjuk ajar daripada Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, usahawan IKS yang berada di kawasan MADA diseru meningkatkan kualiti produk agar boleh menembusi pasaran lebih luas iaitu di Pasar Raya Mydin tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Pelancaran In Store Promotion Zon Utara 2019 anjuran MADA selama lima hari di Pasar Raya Mydin Taman Batik, Sungai Petani di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Mydin Wilayah Utara, Azmin Sarurudin dan Pengurus Mydin Taman Batik, Mohd. Fauzi Rashid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini