PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan. Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata, suruhanjaya itu telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pada 29 Mac lepas berhubung kekosongan luar jangka kerusi tersebut. Mohamed Elias berkata mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi…









