TAWAU – Lebih 600 pegawai serta anggota polis akan ditugaskan sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan berlangsung bermula hari penamaan calon sehingga penjumlahan undi. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, penempatan anggota itu sebagai memastikan proses demokrasi berkenaan berjalan lancar. “Anggota yang bertugas akan ditempatkan di lokasi strategik selain pusat pengundian dan penjumlahan undi,” katanya kepada pemberita selepas program Town Hall Discussion: Komuniti Sejahtera, Mencegah Jenayah Tanggungjawab Bersama di sini hari ini. Omar bersama Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye menjadi panel jemputan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya