REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memerangkap BN dengan menghubungi dan menawarkan wang sebanyak RM50 kepada pengundi tegar BN di Rantau. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, wang itu kononnya akan diberi jika pengundi BN terbabit keluar mengundi beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April ini. “Saya diberitahu ada usaha…










