SEREMBAN – Polis menerima 11 laporan setakat dua hari tempoh berkempen antaranya membabitkan kesalahan berkempen tanpa permit, kata Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Deputi Superintendan Polis Ahmad Jamaludin. Beliau berkata, daripada kesemua laporan diterima, satu sudah dibuka kertas siasatan manakala yang lain masih dalam siasatan. “Satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, berkempen tanpa permit yang sah manakala selebihnya masih dalam siasatan. Antara laporan polis itu termasuk berhubung kehilangan pas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya