REMBAU – Calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Mohd. Nor Yassin tidak ‘hilang’ sebaliknya berkempen secara senyap-senyap. Pengarah kempennya, Hassan Shariff berkata, itu merupakan pendekatan dan strategi calon Bebas berkenaan dalam berhadapan PRK berkenaan. “Beliau (Mohd. Nor) berkempen senyap-senyap. Tidak bawa wartawan dan jurugambar. Beliau pergi bertemu pengundi termasuk dari rumah ke rumah. Beliau tidak jawab panggilan telefon,” katanya ketika dihubungi Kosmo!…









