REMBAU – Calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Mohd. Nor Yassin tidak ‘hilang’ sebaliknya berkempen secara senyap-senyap. Pengarah kempennya, Hassan Shariff berkata, itu merupakan pendekatan dan strategi calon Bebas berkenaan dalam berhadapan PRK berkenaan. “Beliau (Mohd. Nor) berkempen senyap-senyap. Tidak bawa wartawan dan jurugambar. Beliau pergi bertemu pengundi termasuk dari rumah ke rumah. Beliau tidak jawab panggilan telefon,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. Calon Bebas itu gagal dikesan wartawan dan jurugambar yang ingin membuat liputan kempennya sejak beberapa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya