REMBAU – Beberapa kain rentang menggunakan logo Barisan Nasional (BN) berunsur provokasi yang dikesan dipasang di sekitar Rantau hari ini merupakan taktik psikologi songsang untuk menjauhkan pengundi India daripada BN. Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tidak masuk akal untuk BN berbuat sesuatu yang akan menjauhkan pengundi India daripada BN. Katanya, beliau percaya kewujudan kain rentang itu dalam…










