“Di mana ada hijau di situ ada biru”. Itu ungkapan spontan seorang anggota tentera kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan. Kata-kata berseloroh itu dilemparkan anggota keselamatan terbabit ketika Mohamad meninjau anggota tentera dan pasangan mereka melakukan pengundian awal di Dewan Angkasaraya Pangakalan Udara Sendayan yang menjadi Pusat Pengundian Awal PRK Rantau, pagi tadi. Warna hijau merupakan warna baju bagi pakaian pejabat…










