REMBAU – Orang ramai yang menghadiri program Santai Bossku Bersama Tok Mat Dengan Masyarakat India di Bandar Ekar dekat sini malam tadi tertawa besar apabila mereka ditanya sama ada telah minum minyak kelapa sawit sebelum hadir ke program itu. Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan secara berseloroh berkata, orang ramai sepatutnya minum minyak kelapa sawit sebelum ke program itu bagi membantu kerajaan Pakatan Harapan (PH) menstabilkan harga komoditi…










